Perjanjian Komuniti UWCSEA
Kami mempercayai satu sama lain, mempunyai
niat positif, sambil menggalakkan perilaku yang
selaras dengan Misi dan Nilai kami.
Kami mengambil peluang untuk menghayati Misi
UWCSEA dalam kehidupan seharian, komited dan
menyumbang kepada masa depan yang lebih
aman dan mampan.
Kami menunjukkan keprihatinan terhadap anggota
komuniti kami dengan menggunakan saluran yang
sesuai untuk berkongsi maklum balas dan hanya
berkongsi informasi yang kami tahu adalah tepat.
Kami secara aktif menyokong
semangat perpaduan untuk semua
orang dalam komuniti kami.
Kami memahami diri kami
sebagai individu dalam komuniti dan bertindak
untuk menyokong kebaikan untuk semua.
Kami berbicara, menulis, dan mendengarkan
dengan penuh hormat dan memberi perhatian
pada pelbagai perspektif dengan penuh prihatin
dan penglibatan terhadap setiap orang.